Monday, February 10, 2014

Pegawai Tetap Seorang Manusia

Ketika warkah ini ditulis, hamba fakir yang hina sedang mendengar lagu daripada kumpulan System Of A Down album pertama mereka System Of A Down..Kumpulan sesat? Ikut lah nak dengar atau tak.

Pagi-pagi ikut En Zul pembantu am pejabat untuk ke Unit Setor untuk ambil kertas A4 dengan En. Apiez. Saja je nak tengok apa ada dalam setor tu. Selama 5 tahun duduk di UKM nak jugak tengok apa ada dalam setor UKM..HAHAHAHAH...Oleh kerana masuk ke setor alat tulis, sudah semestinya barangan yang ada dalam setor adalah alat tulis. Dalam setor tu ada la kertas A4 ber'palet-palet'. Kertas A4 warna, fail UKM, dan beberapa barang lain yang hanya diimbas dengan mata kasar. Kalau tengok satu-satu nanti orang cakap macam beruk pulak tak pernah masuk setor. Dah la setor tu tempat yang paling malas sekali kakitangan UKM ni nak pergi..AKU? macam biasalah suka pergi ke tempat-tempat orang tak pergi..memang tak ramai la ada kat setor tu..3 orang daripada pejabat aku dan 2 orang daripada orang unit setor. Jika diikutka aku tak layak untuk pergi tempat-tempat kotor, berhabuk, dan tempat-tempat kelas bawahan ini pergi.. Aku rasa pegawai yang pantau setor tu pun belum tentu suka nak pegi setor tu...apa yang aku buat di setor? aku angkat beberapa kotak kertas A4 tu masuk dalam lori pastu balik la ke pejabat...sementara tunggu lori sampai aku lepak kat depan pejabat dengan en zul dan apis pergi ambil troli...lepak-lepak lori pun sampai pastu aku pun dengan baik hati angkat beberapa kotak kertas tu. Lepas tu ada seorang rakan pegawai panggil aku kemudian berbisik kat telinga aku

Dia : "Timbalan tak suka kau angkat-angkat ni, kau biarkan diorang yang angkat"
Aku : "Alah, takpela. Angkat sikit je".
Dia : "Yela tapi Timbalan tak suka"

Aku diam dan terus berlalu pergi meninggalkan dia dan dunianya.. Aku terus tiada rasa nak kerja kerana 'mood' aku dirosakkan oleh kata-kata tersebut. Aku ini walaupun pegawai tapi apa salahnya buat kerja orang bawahan. Besar sangatkah kita kalau kita ni pegawai? Memang itu ada dalam bidang tugas orang bawahan dan tiada dalam bidang tugas aku. Kenapa aku buat kerja bukan bidang aku? Sebab aku suka buatlah. Suka hati akulah nak buat apa. Dia punya kerja aku tak pernah bising pun walaupun kadang-kadang aku buat kerja kawan aku tu. Dia punya kerja pun aku buat, dia tak pikir pulak?

Kita ni manusia ciptaan Tuhan. Beza antara kita sesama kita adalah ketaqwaan di sisi tuhan. Aku ni dah la tak beberapa baik. Suka buat benda bukan-bukan. Ini ajelah yang boleh menambah pahala aku..HAHAHAH..Bagi aku, kau pegawai ke, cacai ke, pengarah ke sama je. Manusia tetap manusia. Yang bagi jawatan tinggi ke rendah tu manusia juga. Memang la pendidikan menjadikan taraf kau meningkat. Bagi aku pendidikan tinggi membezakan taraf pemikiran, bukan taraf kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, kau seorang profesor dalam bidang enjin kereta. Pemikiran kau mesti lagi bagus dalam bidang enjin ini berbanding seorang mekanik kereta. Tapi adakah pemikiran kau yang bagus dalam bidang enjin ni membuatkan kau tahu membaiki enjin kereta yang sedang rosak di tengah jalan lebuhraya? Boleh biang dengan jarila berapa ramai profesor atau jurutera mekanikal boleh baiki kereta. Jangan cakap kereta orang, kereta sendiri pun belum tentu tau nak btulkan. Seorang profesor masih jahil maknanya profesor juga kurang ilmu dalam bidang yang dia tak tahu. Mekanik juga ada perkara yang dia tahu dan ada juga perkara yang dia tak tahu. Ambil situasi di pejabat sudahlah. Kalau sorang pegawai nak fotostat suatu dokumen dengan kaedah yang bukan biasa, maka siapakah yang hendak ditanya?Sudah semestilah bukan pengarah kerana pengarah dengan yakinnya tidak pernah sentuh pun mesin fotostat tu. Mestilah pembantu am pejabat yang akan disoal bagaimana kaedah untuk melakukan kerja itu. Siapa yang hati buta memang tidak nampak kaitannya kerana ia adalah perkara mudah sahaja. Bagi aku, sangat-sangat-sangat bodoh alau belajar ada master, Phd, dan ijazah 20 gulung pun kalau nak fotostat pun tak tahu....
HAHAHAHAHAHAHAHHAAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH
Kenapa aku gelak panjang?Sebab teori hebat-hebat yang kau belajar di universiti tu tak boleh pakai untuk menjadikan kau seorang yang tahu untuk gunakan mesin fotostat yang mudah itu...Malu la sikit. Lepas tu ada hati kau nak hina pembantu am pejabat ni?
Bagi aku, setakat nak fotostat kertas tu kau buatlah sendiri. Tak payah la nak pakai orang bawahan untuk fotostat sehelai dua kertas tu. Walaupun selalu tengok diorang ni lepak je tengokYoutube, tak mengapalah. Mungkin balasan diorang pergi keluar-keluar hantar surat itu sebagai gantinya...

Tambahan sedikit..apa kena mengena perasaan macam ini dengan System Of A Down? Sebab banyak lagu-lagu SOAD ni yang menceritakan bagaimana orang bawahan ditindas..Aku tak nak ada sikap kapitalis. Kapitalis ini bukan sahaja dalam bidang ekonomi tapi dalam bidang pengurusan juga ada kapitalisnya. Dalam ekonomi, orang yang banyak modal akan memanipulasi pasaran supaya golongan yang bermodal kecil akan gulung tikar dan menjadilah pemodal besar ini berdiri tanpa ada sebarang persaingan dengan pemodal kecil. Sama macam pengurusan, pegawai memerah tenaga orang bawahannya dengan melakukan kerja-kerja kemudian mereka berlepas tangan untuk membantu orang bawahan mereka. Selain itu, jika boleh orang bawahan tidak boleh mempunyai gaji yang hampir dengan gaji pegawai. Mak ayah aku pun dulu orang bawahan sebab itu aku dapat rasa bagaimana perasaan orang bawahan. Aku pun duduk dalam kalangan orang bawahan. Aku duduk dalam kerajaan turut menjadi suatu ketidak puashatian aku kerana kerajaan ini biasanya menindas orang lain. Tapi bukan kerajaan Malaysia sebab kerajaan Malaysia menindas rakyat tak kira mereka bekerja dengan kerajaan ataupun swasta

Sunday, February 9, 2014

Jalan Menuju Akhirat...


Kuliah Maghrib
Surau AN-Nur Bangi
Ustaz Ahmad Dasuki Rani

Sembang agama sikit boleh kan?HAHAHAHAHAHHA

Sebagai hamba Allah dan juga orang Islam yang beriman, kita seharusnya mempunyai keyakinan terhadap akhirat Allah. Bagaimana hendak menuju ke akhirat jika kita sendiri tidak meyakini adanya akhirat tersebut. Tetapi, sebelum meningkatkan keyakinan kepada akhirat, orang Islam haruslah menguatkan akidahnya kepada Allah dahulu. Mengapa? Sebab akhirat itu merupakan tempat pembalasan dan kembalinya manusia kepadanya setelah diuji di dunia ini.Apakah yang menentukan nasib kita di akhirat? Jawapannya adalah apakah perlakuan kita di dunia ini selari dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Oleh sebab itulah untuk mengetahui jalan ke akhirat, perlu mengetahui dan meyakini akhirat tersebut dengan amalan-amalan yang dilakukan mengikut segala suruhan Allah. Oleh itu, memperkuatkan akidah kepada Allah itulah yang utamanya. Dengan memperkuatkan akidah kepada Allah, setiap jalan atau perbuatan yang ditempuhi InsyaAllah akan diredhai Allah.

     Apakah perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang Muslim? Islam datang dengan 3 perkara ini dan setiap satunya bergantung antara satu sama lain

  1. akidahnya
  2. ibadatnya
  3. akhlaknya
Akidah yang kukuh dalam diri Muslim akan membolehkan seseorang itu berasa yakin dengan setiap tindakannya. Dia yakin kepada apa yang diturunkan oleh Allah, apa yang diutuskan oleh Rasul, apa yang terkanung dalam Kitab, yakin dengan tugas segala Malaikat, yakin dengan Ketentuan tuhan dan juga yakin adanya dan juga dia akan menempuhi alam Akhirat. Bagaimanakah akidah ini dijelmakan? Ia dijelmakan dengan perbuatan dan amalan ibadat yang telah disyariatkan. Mengapa solat? Sebab yakin mahu bertemu tuhan, yakin dengan akhirat, yakin dengan malaikat yang diutus untuk mencatat amalan dan lain-lain ibadat lagi. Keyakinan kepada akhirat akan dijelmakan dengan segala amalan yang sentiasa dilakukan oleh kerana percaya dan yakinnya akan bertemu tuhan di akhirat kelak. Apa pula kaitan ibadat dengan akhlak? Nabi pernah menyatakan bahawa 'Sesungguhnya solat itu dapat mencegah perkara keji dan mungkar'. Itulah kaitannya ibadat dengan akhlak. Akhlak seseorang itu dapat dinilai dengan ibadatnya. Mungkin tidak semua orang begini tetapi kebanyakannya mungkin begini. Akhlak yang baik adalah daripada ibadat yang sempurna. Contoh terbaik adalah Nabi Muhammad SAW sendiri. Akhlaknya adalah al-Quran. Kan indah kalau akhlak kita seperti itu. Jika seseorang itu kehidupan sehariannya bergerak dengan keyakinan kepada akhirat yang tinggi,  maka dengan sendiri ibadatnya menjadi kebaikan kepada dirinya dan oleh sebab itu akhlaknya menunjukkan akhlak yang terbaik.

     Apakah yang menjadi masalah kepada keyakinan ini? Menurut ulama yang hamba tidak ingat, keyakinan kepada akhirat ini akan pudar jika aa dalam hati manusia itu perasaan cinta kepada dunia. Tidak salah mencari rezeki tetapi jangan sampai cinta kepada dunia melebihi cinta kepada akhirat itu. Oleh sebab cinta yang berlebihan pada dunialah hati ini akan menjadi pudar tentang keyakinan kepada akhirat dan juga kepada Allah. Jika dalam diri kita itu terdapat keyakinan yang kuat, makanya perkara yang ghaib dapat disyahadahkan. Maksudnya, perkara yang tidak nampak boleh dilihat akibat daripada keyakinan yang kuat itu. Sebagai contoh, tiada siapa orang yang hidup pernah melihat azab qubur tetapi mengapa manusia ini melakukan ibadat seperti pernah meliha azab qubur tersebut? Ini semuanya adalah kerana keyakinan yang tinggi kepada Allah dan juga kepada ahkrat. Mengapa manusia mengejar syurga walaupun tiada siapa pernah melihatnya? Ini semua adalah kerana sifat yakin. 

     Keimanan ini akan bertambah jika ada orang lain yang bercerita mengenai perkara yang sama dengan apa yang kita yakinkan. Sebagai contoh, ada orang mengatakan dalam semak itu ada ular. Ular, sudah sedia maklum kita tahu memang haiwan yang berbisa dan merbahaya. Dikatakan pula oleh orang lain, sudah semestinya kita dengan sedaya upaya untuk mencari jalan lain dengan tidak mengambil jalan yang ada ular tersebut. Walaupun kita tidak tahu ular jenis apakah yang ada di dalam semak itu. Begitulah keyakinan kita kepada akhirat. Kita sudah tahu akan adanya azab dan nikmat di akhirat, kita dengar pula ceramah dan kuliah yang menyatakan tentang azab dan nikmat akhirat. Maka, bertambahlah keyakinan kita terhadap akhirat itu walaupun tidak pernah lihat depan mata sendiri.

     Bai yang baru lahir, akan menangis dan juga tangannya akan genggam. Kerana apa? Kerana takutnya bayi itu melihat apa yang ada di sekelilingnya. Tidak kira perkara ghaib ataupun mesin-mesin di hospital itu. Bagaimana memberikan keyakinan kepada bayi itu untuk dapa terus hidup di bumi yang menakutkan ini? Itulah dia hikmah diazankan dan diiqamatkan pada telinga bayi itu. Supaya bayi itu yakin adanya Allah Yang Maha Besar, Tiada Tuhan Yang Layak diSembah Melainkan Allah. Keyakinan ini ditanamkan dalam telinga bayi supaya ia yakin adanya pelindung daripada Allah. Bagaimanakah kita sebagai orang dewasa mahu supaya iman dan keyakinan kita tidak lemah?
  1. Duduk bersama alim ulama
  2. Belajar mengenai al-Quran
  3. Belajar mengenai hadis Nabi
Hidup sebagai hamba Allah dan umat Nabi Muhammad ini perlu yakin dengan setiap ajaran yang dibawa oleh Nabi. Hidup ini ada panduan hidup yang telah diberi garis panduan oleh Nabi. Jangan jadi orang yang tiada panduan dalam hidup kerana orang yang begini kebiasaannya tidak yakin dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan juga ajaran Nabi. Sebagai contoh orang yang tidak kisah tinggalkan ibadat wajib,tidak pernah cuba untuk bt ibadat sunat walaupun senyum. Kerana kata Nabi, sedekah yang paling mudah tapi berat adalah senyuman. Walaupun setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri, jadilah diri kita dan gilap kekuatan kita supaya kelemahan yang terdapat dalam diri dapat di kurangkan.

     Keyakinan Khadijah kepada Nabi adalah merupakan keyakinan yang paling disayangi oleh Nabi. Oleh sebab itulah nama Khadijah sering disebut-sebut walaupun ketika itu Nabi berada dengan isterinya yang lain. Begitu yakin Khadijah dengan Nabi sehinggakan dia sentiasa berada di sisi Nabi dan sentiasa menyokong segala tindakan Nabi seperti duduk di gua, dan bertanyakan kepada bapa saudaranya mengenai petanda-petanda seorang Nabi. Tidak pernah keluar daripada mulutnya perkara-perkara yang tidak disukai oleh Nabi. Sehinggakan semasa menjelang sakaratulmaut Khadijah, Allah telah mengirimkan Jibrail untuk menyampaikan salam Allah kepada Khadijah.

     Selain itu, keyakinan itu perlulah setiap masa. Bukan semasa susah atau masa senang sahaja kerana susah itu ujian, senang itu pun ujian. Terdapat beberapa ayat al-Quran yang menerangkan manusia itu semasa mendapat nikmat dia syukur, semasa susah dia kufur. Ada juga ayat al-Quran yang menyatakan semasa susah berdoa memohon keselamatan, tetapi masa senang terus ingkar arahan Tuhan. Sebagai contoh ada ayat al-Quran (tak ingat ayat mana. nak tau cari sendiri) yang menyatakan dalam sebuah kapal di tengah lautan yang bergelora, penghuni kapal berdoa agar diberi keselamatan dan akan sentiasa patuh membuat suruhan tuhan. Apabila selamat sampai di darat menjadi orang yang kufur ingkar kepada Tuhannya. Ada juga ayat al-Quran yang menyatakan semasa senang berterima kasih kepada Allah tetapi apabila tuhan tarik nikmat sedikit terus menyalahkan tuhan atas segala yang berlaku. Manusia ini selalu lupa akan segala yang ada di alam ini adalah milik Allah. Dia berhak beri kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki.Manusia yang yakin dengan Tuhannya, apabila datang suatu ujian kepadanya, telinganya akan menjadi pekak dan hatinya tidak akan berfikir mengenai ujian itu suatu musibah. Baginya, ujian itu sebagai ujian untuk dia menempuh alam yang lain samada ia layak atau tidak mendudukinya berdasarkan ujian tersebut.

     Orang yang berkeyakinan tinggi terhadap Allah, sesungguhnya syaitan takut untuk mendekatinya. Sebagai contoh, ketakutan syaitan kepada Saidina Umar sangat tinggi sehinggakan apabila bertembung dengan Umar, syaitan akan cuba untuk ikut laluan lain. Selain itu ada satu kisah mengenai Imam Nawawi. Semasa sedang memberi kuliah kepada para pelajarnya, datang seorang bapa dengan terjerit-jerit menyuruh Imam Nawawi berhenti memberi kuliah dan menyatakan anaknya diganggu syaitan. Imam Nawawi menjelaskan dia tik boleh meninggalkan murid-muridnya yang ramai tu. Dia hanya menyuruh bapa itu untuk membawa terompahnya dan letakkan di depan muka anaknya. Setelah itu, bapa itupun mmbawa terompah Imam Nawawi ke muka anaknya dan syaitan yang mengganggu tadi terus lari keluar daripada badan anak itu. Di sini dapat dibuktikan bahawa keyakinan yang tinggi terhadap akhirat membolehkan syaitan tidak berani untuk bertembung muka.

SEBAB-SEBAB MENEGUHKAN KEYAKINAN

  1. Hendaklah hamba itu memberi hati dan telinganya kepada al-quran dan hadis. al-Quran ini merupakan perkara paling asas dalam kehidupan  muslim. Kaedahnya, 
    • Baca dahulu dan lancarkan bacaan
    • Baca tafsirnya untuk melihat isi kandungan al-Quran tersebut.
    • Beramal dengan apa yang difahami daripada pembacaan dan juga ceramah serta kuliah
    • Seterusnya ikhlaskan amalan kita menggunakan al-Quran dan cuba untuk mengajar orang lain kerana kata Nabi, 'orang yang baik adalah orang yang belajar dan mengajar al-quran
    • Baca hadis tidak dapat pahala, amal hadis baru dapat pahala, berselawat pun dapat pahala. Qasidah tidak dapat pahala tapi sememangnya perbuatn itu merupakan satu perbuatan yang baik.
Bersambung

*maaf cerita lompat-lompat sebab ust tu cermah lompat-lompat juga

     

Sunday, January 26, 2014

Girl Friday





Memang tajuk lagu ini macam orang tengah putus cinta tapi kalau diamati lirik lagu ini mengajar bagaimana hidup bersendirian sambil dipersoalkan oleh orang sekeliling. Nak cerita banyak pun tak guna. Sendiri dengar dan sendiri cuba nilai kan. Kepada yang tak setuju dengan pandangan ini, sila buat pandangan sendiri di laman web atau blog sendiri. Jangan nak memekak kat sini.

Blues Orang Jelebu

Baru lepas membaca buku ini. Aku merasakan ini adalah buku berkenaan sejarah seseorang. Di dalamnya sarat dengan perkara-perkara nostalgia penulis. Daripada beliau kecil sehinggalah beliau menjangkau alam pekerjaan dan mempunyai anak. Sejarah yang diceritakan merupakan suatu perkara yang sudah tidak dapat ditemui atau pun semakin hilang dalam masyarakat kita hari ini. Terdapat beberapa ayat yang menyentuh hati dan kalbu aku membaca hikayat ini.

HARI LAHIR DAN KEHILANGAN (bhg 3)

sambungan...

Setelah melepak di rumah selama hampir 2 bulan, dia mendapat surat kemasukan ke universiti. Perkara yang pertama menyebabkan dia suka adalah kerana mendapat universiti yang disukainya iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Perkara kedua yang dia sangat gembira adalah kursus pengajiannya iaitu kursus yang diminati sejak daripada sekolah menengah lagi iaitu Fizik Gunaan (Sains Nuklear). Dia merasakan apa yang diingininya telah dimakbulkan tuhan. Dia merasakan cita-cita tersebut sedang digarab dengan baik dalam genggamannya. Seminggu sahaja masa yang diberikan untuk mempersiapkan diri untuk kemasukan ke UKM tersebut. Selama seminggu itulah dia pergi buat pemeriksaan kesihatan, beli baju putih untuk minggu suai kenal dan banyak lagi perkara yang dilakukannya. Tapi dia merasakan sesuatu yang tidak enak kerana dia merasakan bahawa inilah mungkin perjalanan pembelajarannya yang terakhir. Selepas 3 tahun ini dia tidak mungkin akan menyentuh buku tetapi dalam impiannya adalah untuk menjadi seorang saintis yang berjaya terutamanya dalam bidang nuklear. Persiapan yang rapi dengan mengikut borang yang telah disediakan oleh pihak UKM. Semuanya sudah selesai dan hanya menunggu masa sahaja untuk mendaftar sebagai seorang pelajar universiti. Disamping dalam kepalanya akan selalu melihat Profesor yang macam Einstein dengan rambut kembang sambil berjalan-jalan dengan memakai jubat makmal..HAHAHAHA...
     Pada hari pendaftaran seperti biasa sahaja dan mata ini macam biasalah akan meneliti segala yang berada di sekeliling dengan mempastikan keadaan itu tidak boleh mengancam nyawa.. Macam masuk hutan pula tapi tidak mengapa kerana daripada raut wajah orang yang mendaftarkan dia merasakan kawasan ini selamat untuk diduduki. Masuk bilik berkenalan dengan rakan sebilik daripada Perak. Yop dari mane tanye beliau kepada dia. Dia macam biasalah gunakan teknik penyamaran dengan jawapan satu berbalas satu. Segala pertanyaan daripada rakan sebiliknya akan dijawab dengan hanya satu jawapan tanpa ada sebarang soalan balasan. Hari pertama la kan, mestilah menunjukkan contoh taulada terbaik macam ahli syurga. Tengah kemas-kemas barang tiba-tiba pengumuman suruh pelajar baru berkumpul adalah sangat menyakitkan hati..HAHAHHAH... Disebabkan perasaan baru itu dia pun hanya akur dengan arahan yang dikemukakan dan pergi ke dewan berkumpul untuk berkumpul. Perkara pertama yang paling dibenci adalah duduk di lantai dan yang kedua adalah solat asar lagi 5 minit hendak maghrib. Keadaan sangat tertekan dengan jeritan daripada abang-dan akak pemudahcara. Kami ini manusia lah, bukan kambing.Hari-hari yang berlalu selama seminggu itu sangat memeritkan tapi hendak buat macam mana, hadap sahaja lah.
     Namun, dia berjaya membuat penyamaran terbaik dengan mendiamkan diri tanpa menjadi pelajar tumpuan. Tetapi beberapa insiden yang menyebabkan dia tiak boleh lari daripada menjadi orang femes. Antaranya adalah dia berjaya mendapatkan Johan bagi sepak takraw bagi kejohanan untuk minggu suai kenal tersebut. Selama ini kolej itu tidak pernah menang satu sukan pun. Yang kedua, dia di denda kerana tidak hadir pada perhimpunan tengahari kerana tidur bersama rakan sebiliknya. Kena nyanyi lagu barisan telur. Nasib baik secara beramai-ramai ketebalan muka itu dikongsoi bersama rakan-rakan lain. Yang ketiga adalah dia menjadi Johan kumpulan dalam permainan pindahkan pen..Yang terakhir adalah yang paling segan dalam abad ke 21 aalah dia perlu nyanyi di khalayak ramai dan terpaksalah dia menyanyikan lagu Taman Rashidah Utama daripada Wings. Lagu itu sahajalah yang dia ingat kerana dia baru bangun tidur dalam kumpulan itu..HHAHAHAH..Sempat lagi tidur mamat ni walau duduk atas lantai tengah main permainan. Yang lain itu, tiada yang menarik pun. Cumalah yang terkeluar adalah dalam catatan ini sahaja.
     Selama 3 tahun menjadi pelajar prasiswazah membolehkan dia mempelajari pelbagai ilmu, berjumpa dengan pelbagai orang, pergi berbagai tempat dan macam-macam pengalaman yang didapatinya. Paling dia tidak menyangka adalah dia dapat bertemu dengan seorang pensyarah yang macam Einstein, mengajar pula masih pakai kapur macam Einstein, pakai selipar masuk kuliah dan membinangkan betapa perlunya seseorang pelajar menguasai pelajaran sekarang ini dengan memasukkan unsur falsafah dalam kuliahnya. Daripada situlah dia mula meminati untuk membaca pelbagai jenis buku dan mula berjinak-jinak dengan ilmu pengetahuan. Dia tidak kisah jika dia mendapat keputusan teruk sekalipun kerana bagi dia, dia tahu keupayaan dia dan berusaha sehabis boleh untuk mendapat yang terbaik dalam pelajarannya. Dia merasakan untuk mendapat keputusan yang cemerlang, perlulah ilmu itu berada dalam hujung jari pelajar sahaja. Tidak guna belajar kemudian periksa dapat keputusan cemerlang, tetapi selepas peperiksaan, ilmu itu hilang dan tidak dapat dimanfaatkan kepada orang lain. Baginya, itu hanyalah maklumat kepada dirinya tanpa perlu dikembangkan dan juga disebarkan kepada orang lain. Samalah macam Nabi yang menerima wahyu tetap tidak wajib untuk disebarkan. Berlainan pula dengan Rasul yang wajib menyebarkan ilmu tersebut kepada umatnya. Dia beranggapan biarlah dia menggenggam dengan kuat apa yang ada dalam tangan berbanding mengambil beberapa perkara walaupun dalam genggaman tidak kuat dipegang. Tetapi kadang kala dia merasakan dia perlu ambil semua itu dan susun secantiknya atas meja pemikiran supaya dia boleh memberikan pandangan peribadi dia terhadap sesuatu isu yang terjadi di sekelilingnya.
     Lahirlah seorang yang pemikirannya agak kritis mengkritik apa sahaja yang tidak kena pada pemikirannya namun masih boleh menerima pandangan yang diterima umum. Dia hanya mengkritik daripada segi ilmu dan bukannya sosok tubuh orang yang punya pemikiran tersebut. Dia dibenci dan dicemuh kerana berhaluan kiri mengikut kata sesetengah pihak. Baginya mudah sahaja, 'Jika boleh memilih kanan, mengapa aku tidak boleh pilih kiri?' Walaupun ada yang menyatakan mengapa bertindak melawan arus sedangkan mengikut arus itu mudah dan menyenangkan. Itu hanya pemikiran orang malas baginya kerana setiap ilmu baru merupakan suatu yang bertentangan dengan arus semasa ketika itu.
     Satu perkara yang boleh disyukuri sehingga kini adalah tuhan memberikan dia perkara apa yang dia mahu. Antara perkara yang dia mahu:
  1. Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah
  2. Kolej MARA Kulim
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (Sains Nuklear)
  4. Kerja di Agensi Nuklear Malaysia (dapat praktikal)
  5. Duduk dengan penulis buku Sejarah dan Falsafah Sains ( dapat kerja dengan Prof Shaharir selama setahun)
  6. Dapat bekerja di Institut Alam dan Tamadun Melayu
Alhamdulillah. Selepas ini tidak tahulah apa lagi yang keinginannya yang tuhan akan makbulkan. Perkara yang tidak tuhan maqbulkan lagi
  1. Kereta Evo
  2. Rumah
  3. Kahwin
  4. Haji
  5. banyak lagiiiiiii.......
Bukan nak cakap tuhan tak maqbulkan, tapi cuma tuhan tak maqbul sebab dia belum sedia untuk terima semuanya lagi...huhuhuhuhu

Apa yang hilang?

Gigi bongsu yang dia simpan bertahun-tahun dahulu sudah dibuang oleh Dr pakar daripada HUKM sebab menimbulkan suatu kesakitan yang amat apabila ada jangkitan kuman terhadapnya..huhuhuh.. di hari jadi orang, hilang giginya...selera makan hilang, muka bengkak sebelah dan segalanya hilang la kalau sakit gigi..

TAMAT

Thursday, January 23, 2014

HARI LAHIR DAN KEHILANGAN (bhg 2)

sambungan...

     Selepas itu dia mulalah dikenali sebagai seorang pelajar yang bijak kimia. Sebenarnya, bagi dia kimia tidaklah susah mana. Asalkan aham konsep kimia, hafal satu dua fakta, sudah kira bagus. Hidup diteruskan dengan aman dama di matrik tersebut. Rakan-rakan yang sentiasa nakal, kawan-kawan kelas yang sentiasa dengan poyonya dan juga kawan-kawan main bola yang seronok sehinggakan apabila makan di dewan makan, dihalau ole akak poyo penjaga dewan makan itu sebab kasut kotor main di padang bawa masuk dalam dewan makan. Bagi dia lantaklah, kalau tak kotor dengan kasut pun, budak-budak ni pandai kah makan dengan tidak bersepah? 
     Pada suatu hari, melepak di katil Ali, kawan dia yang agak rapatlah masa itu, dan Ali telah tunjukkan gambar rakan-rakan satu mentor dengannya. Dia bergurau tanya pada Ali, yang mana masih solo. Ali pun tunjuk pada satu gambar perempuan. Dia tengok biasa sahaja tetapi comel juga lah jika tengok banyak kali. Minggu itu pula, kelas Jijoe ada buat minggu 'Mari Berbahasa Inggeris' yang sangat dia benci. Jijoe ini kawan sebelah katil Ali. Ali suruh Jijoe untuk hantar ucapan beserta coklat Cadbury pada budak perempuan itu. Dia sengaja buat lawak dan mengiyakan suruhan Ali pada Jijoe. Rupa-rupanya mmang Jijoe buat sungguh dan budak perempuan itu menjadi malu kerana dapat hadiah daripada seorang lelaki yang tidak dia kenali. Malangnya, semasa pemberian hadiah itu dilakukan, guru yang mengajar Inggeris kelas Ali adalah guru Inggeris dia juga. Masa kelas Inggeris, teacher bisik pada dia bahawa teacher tahu apa yang dia buat pada perempuan itu. Dia merasa malu dan hanya mampu senyum sahaja. Satu hari, Awi, rakan sekelas Ali dan awek tu ugut dia. Kalau dia tak telefon awek tu, Awi tak bagi dia main bola dah sebab Awi ini yang ada bola pun. Dia merasa gembira sebab Awi suruh dia telefon, sedangkan dia mana ada telefon. 'Anti-teknologi' kononnya. Tapi Awi dan beberapa orang kawan Awi yang lain sanggup bagi telefon diorang suruh dia telefon awek tu. Masa tu Tuhan sajalah yang tahu bagaimana sayunya hati ini melihat kawan-kawan sanggup bekorban untuk kawannya yang lain walaupun negeri yang berlainan. Masa dia telefon awek tu, tiada jawapan dan sungguh seronok kerana dia tidak mahu bercakap dengan awek tu pun. Namun, masa berganti masa, dia dapat tahu yang awek tersebut tidak mahu berkenalan dengan dia. Sungguh sedih tapi tidak lah sesedih orang yang putus cinta kerana dia pun hanya nak berkawan, bukan mahu bercinta dengan awek itu. Hidupnya diteruskan dengan aman damai seperti biasa. Dia menghabiskan sisa-sisa masa yang ada bersama rakan-rakan yang lain dengan mengikut sahaja aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kawan-kawannya. Pergi ke sana ke mari, ganggu oragn tengah makan di kafe, pergi kacau akak koperasi, dan banyak lagi kerja-kerja yang seronok.
     Selepas peperiksaan matrikulasi, dia berpisah dengan kawan-kawannya dan hanya duduk sahaja di rumah selama beberapa bulan sementara menunggu keputusan matrikulasi dan juga keputusan memasuki universiti. Seperti biasa, di rumah, aktiviti utamanya adalah menonton tv dan juga menonton anime 'Naruto' sehingga episod yang ke berapa ratus entah. Sambil dia duduk di rumah, dia membantu ibunya membuat kuih untuk dijual kepada rakan dan taulan. Disamping itu, dia membantu bapanya menebas dan membuat kebun walaupun dalam pemikirannya merasakan pekerjaan sia-sia sahaja membuat kebun ini kerana ia merupakan rebutan beberapa orang sepupunya. Dalam hatinya ada terlintas dengan sikap mak cik dan juga sepupu perempuannya yang sibuk nak tanah itu sedangkan tanah itulah yang mereka tolak dahulu kerana tanahnya keras dan juga berdekatan dengan kubur. Tiada hasil yang diperoleh daripada tanah itu melainkan sebatang pokok jering dan juga mesin memproses getah yang dia kira boleh dibuat bahan sejarah keluarganya. Namun, ayahnya menyatakan tidak mengapa kerana siapa-siapa boleh makan hasil tanah itu nanti. Mengenai hak tanah itu nanti pun tidak mengapa, kita kira sedekah sahajalah. Dia merasakan ada suatu wahyu yang datang terus masuk ke dalam hatinya mengenai perkataan yang diucapkan oleh ayahnya. Ayahnya menambah lagi, kalau rezeki kita, walau bagaimana susah pun akan dapat kepada kita. Tapi kalau bukan rezeki kita, depan mulut dah pun boleh jatuh. Dia senyap dan terus menebas semak samun itu sambil memotong akar kayu yang sudah mati. Berbulan-bulan duduk di rumah terasa macam anak yang dikongkong oleh ibu bapa tetapi ibu bapanya sudah bosan melihat dia sehinggakan ibu bapanya bertanyakan kepadanya tidak mahu keluarkah untuk berjalan-jalan? Dia menjawab dengan tenang bahawa dia selesa duduk di rumah sambil makan minumnya di jaga rapi tanpa ada sebarang gangguan daripada luar. Petang-petang sahajalah baru dia keluar daripada rumah itu untuk bermain bola bersama rakan dan taulannya.

bersambung...
    

Wednesday, January 22, 2014

HARI LAHIR & KEHILANGAN

     Tarikh hari ini pada 25 tahun dahulu, lahirnya seorang insan yang bernama Muhamad Shafiq. Seorang insan yang daripada lahirnya banyak memberi masalah kepada ibu bapanya kerana masalah semasa lahirnya, semasa sekolah rendah bermasalah dengan mata pelajaran matematik dan bahasa inggeris. Masalah matematik kerana tidak memahami mengapa 1+1=2? Masalah dalam bahasa inggeris kerana tidak memahami mengapa grammer begitu disusun dengan susahnya..Sangat nakal sehinggakan selalu di denda duduk dengan pelajar perempuan untuk mengawal tingkah lakunya. Namun, masih nakal dengan menjadikan pelajar perempuan yang duduk di kiri dan kanannya sebagai mangsa kenakalannya. Bermain dalam kelas semasa waktu rehat, dan selalu baling batu masa perhimpunan. 
     Semasa di sekolah menengah rendah, masuk ke sekolah agama tetapi akibat pengaruh 'grunge' dan 'punk' menyebabkan jiwanya sentiasa memberontak kepada guru-guru yang asyik menyalahkan dan mendenda pelajar yang tidak bersalah. Sehinggakan setiap kesalahan yang berlaku di sekolah tersebut dipersoalkan keterlibatannya dalam kesalahan itu. Menjadi kebencian pengawas perempuan kerana selalu tidak ikut peraturan serta memaki pengawas, ketua kelas dan juga orang yang suka mengongkong hidupnya. Dia mahu bebas bermain tanpa ada sebarang halangan. Dia sangat marah kepada pengawas yang marah dia bermain tetapi pengawas itu 'dating' dengan lelaki dalam surau..Baginya tak guna nak nasihat orang jangan nakal sedangkan kau pengawas yang dating dalam surau. Tidak kira la kau ketua pengawas atau biro kerohanian sekalipun. Apa jadah main utus surat dalam buku tapi bila kantoi dengan orang lain baru nak cari kawan untuk menyelesaikan masalah..Adakah muka dia ni muka penyelesai masalah sahaja? Tidak mengapalah kerana masa tu terkenal dengan lagu XPDC "Biarkan ku damai bagaikan samurai". Pengawas perempuan yang selalu dapat nombor 3 keatas kelas selalu kutuk dia dengan cakap, "Hoi, jangan keluar kelas, kau tu dah la teruk, belajar la. Jangan pergi kelas sebelah asik nak main aje. Buatlah kerja sekolah yang cikgu dah bagi tadi. Kalau kau keluar aku bagi tahu cikgu". Dia sangat benci dengan ayat mengugut "AKU BAGI TAHU CIKGU". Daripada sekolah rendah diugut begini tapi dia tidak pernah takut bahkan mencarut kepada pengawas tersebut. Pernah terjebak dengan budaya 'Black Metal'..Muahahah...Bila keputusan PMR keluar, semua mata pandang pada dia macam pelik. Bila masuk ambil keputusan barulah dia tahu mengapa pandangan pelik diberikan kepadanya. Dia dapat 8A 1B dan macam biasa inggerislah B..hahahah..bengap inggeris...masa tu buat muka berlagak sebab dahulu dicemuh tetapi sekarang di puji. Cikgu yang sumpah dahulu pun segan sebab sumpahan beliau tidak menjadi. Sumpah semua matapelajaran gagal tetapi sumpahan tersebut terkena kepada pelajar kesayangannya sendiri..
     Dapat 3 sekolah untuk menyambung pelajaran ke menengah tinggi sebab sekolah lama hanya ada tingkatan 3 sahaja. Jadinya hendak masuk tingkatan empat kena berambus daripada sekolah. Berperang dingin dengan ayah dia kerana dapat 2 sekolah yang bagus tetapi ambil sekolah yang kurang bagus dan dalam hutan pula. Bagus itu kerana 2 sekolah tadi sekolah Sekolah Berasrama Penuh tapi memilih sekolah yang hanya ditadbir oleh Jab. Agama Islam Negeri Sembilan. Bukanlah sekolah itu tidak baik tapi bagi pemikiran orang asal bukan SBP tidak baik. SBP bukanlah penentu seorang pelajar itu bijak atau tidak. Dia memilih sekolah dalam hutan tersebut kerana sekolah itu mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan. Dia hendak lari daripada duduk dalam kalangan perempuan. Ayahnya sangat tidak suka sekolah itu kerana tidak ternama tapi dia merasakan dia boleh hidup dan sekolah itu diidami untuk dia masuk sejak dia sekolah rendah lagi. Perang dingin berlaku sehinggalah dia menyatakan "sekolah dalam hutan pun kalau rajin boleh pandai, sekolah sebelah cikgu pun kalau tidak minat memang tak kemana". Akhirnya ayah dia membenarkan dia sekolah di situ.
     Semasa di sekolah itu, dia berjumpa dengan kawan-kawan baru yang pelbagai perangai. Pada awalnya, sekolah ini sangat membebankan kerana setiap bulan ada ujian dan keputusan akan dihantar ke rumah. Tertekan dia di sekolah tersebut kerana dalam pemikiran dia, sekolah ini tidak mengajar pelajar untuk memhami, tetapi lebih kepada mendapatkan keputusan yang baik. Sebab itu tingkatan 4 itu, dia mendapat keputusan yang teruk kerana tidak memahami apa yang di ajar di sekolah. Tetapi pada tingkatan 5, seorang guru matematik dan juga seorang Pengetua sekolah telah mengajar dia dengan membolehkan dia memahami matematik dengan mudah walaupun guru tersebut hanya mengajar satu bab satu hari. Barulah dia merasakan banyak guna rupanya matematik ini. Barulah dia paham apa kegunaan matematik. Termasuk matematik tambahan, fizik, biologi dan beberapa mata pelajaran lain. Dia sangat hebat dalam kimia daripada awal kemasukannya di sekolah tersebut kerana cikgu yang mengajarnya selalu 'datang bulan' dalam kelas menyebabkan dia selesa membaca sendiri daripada dengan gurunya mengajar. Setiap kali peperiksaan, dia menghabiskan seluruh buku dengan memahami isi kandungan buku tersebut. Ada 4 peperiksaan besar, maknanya, 4 kalilah dia khatam semua buku matapelajaran SPM itu. Main bola dalam kelas kosong, tulis surat cinta atas meja masa peperiksaan, naik kelas perempuan sebab hendak tengok apa yang ada dalam kelas perempuan. Bukan naik kelas perempuan sebab hendak hantar surat cinta macam kawannya, lepas itu kantoi dengan warden sampaikan kena sanding atas dewan sekolah masa perhimpunan hari jumaat. Malu sangat kalau ada atas pentas masa tu. Dia sangat suka dengan lauk sadin hari khamis di sekolah itu. Tapi tidak suka dengan lauk ikan jaket. Kalau ada ikan jaket akan adalah lagu bersamamu akan berkumandang..Hahahahah...Pernah didenda balik rumah sebab tengok bola Piala Dunia Jerman lawan Sepanyol..Jerman pasukan kegemarannya menang 2 berbalas 0 dan balasan kena balik rumah apabila kantoi dengan warden. Pengawal sampai panggil polis sebab takut ada penceroboh dan kami takut sampai berpura qiamullail di surau dengan ada yang pakai singlet. Dah la muka yang qiamullail tu muka pecah rumah, memang warden tak pecaya la..Namun di situlah kantoinya dengan Pengetua bahawa dia bersekolah di situ. Pengetua itu bekas jiran dia. Bila ayah dia pergi jumpa pengetua sang pengetua tahu dia di situ dan segala pergerakan dia diawasi oleh pengetua itu...Selepas itu, bermulalah era penipuan dalam kehidupan dia kerana dia terpaksa berlakon baik sepanjang dia kena hidup dalam sekolah itu. 
     Masa tingkatan 5, dia pernah bergaduh dengan cikgu sejarah merangkap cikgu sukan sekolah. Masa pertandingan olahraga peringkat negeri, dia bergaduh dengan cikgu tersebut sebab cikgu tu suruh dia ambil nombor untuk olahragawan tetapi dia cari tak jumpa pun dalam tempat tu. Sampaikan dia cabar cikgu tu kalau cikgu jumpa nombor tu di tempat yang disuruh cari tu, dia akan lari keliling hotel 10 kali. Cikgu tu tak nak bagitahu kat mana dia jumpa nombor tu. Masa tu, semua pelajar perempuan yang masuk larian juga agak takut dengan dia kerana dia cabar cikgu masa pelajar perempuan penuh di lobi hotel itu..Dia tak kisah pun sebab dia tak kenal pun perempuan tu. Dia tak pernah ambil kisah pasal perempuan sekolah itu. Yang cantik la, cam pontianak la, dan lain-lain lagi tidak pernah dia ambil tahu sebab kehidupannya hanyalah memuaskan hidupnya dengan bermain sahaja.HAHAHHAHAHA..
      Dalam ketidak puashatian cikgu sukan itu kepada dia, dia telah mendapat nombor 1 dalam acara merentas desa dan menarik diri dalam acara 800 meter kerana dia protes cikgu tersebut...Dia mendapatkan johan bagi sekolah itu untuk sepak takraw dan juga dapatkan johan untuk kuiz agama...hahahaha...kelakar juga masa ini.. Dia ingat mendapat tulah sebab melawan guru tapi sebenarnya doa orang yang dizalimi adalah makbul..huhuhuh..Cikgu sukan merengkap cikgu sejarah itu membawa kebenciannya kepada dia selepas sukan apabila cuba untuk menyalahkan semua fakta yang dia tulis dalam ujian sejarah...Dia tidak kisah sebab bagi dia, dia paham pun dah cukup bagus..Dia tidak kisah markahnya rendah sebab dia dah biasa mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan. Matematik Tambahan selalunya gagal dan jika lulus itu adalah perkara ajaib. Selepas beberapa bulan, dia dinobatkan sebagai Olahragawan Sekolah oleh pengetua. Masa ambil anugerah itu, dia pandang muka cikgu sukan tersebut dengan pandangan yang berlagak, hormat, rendah diri yang bercampur-campur. Pelik dengan perasaan itu? Macam ini lah lebih kurang "Hahahaha, aku dapat ini dengan usaha aku dan juga usaha kau cikgu menjatuhkan aku supaya aku boleh naik..terima kasih cikgu". Lebih kurang begitulah skrip dalam hati dia mas itu. Masa tu perempuan-perempuan mesti syok dan kagum dengan dia sebab pelajaran bagus, sukan bagus, perangai pun bagus tapi diorang tak tahu perangai dia sebenarnya bagaimana. Tapi masa tu dia tak ada perasaan langsung nak bongkak dengan perempuan tapi nak tunjuk sesuatu kepada cikgu sukan itu...hahahaha...sekarang cikgu sukan tu dah jadi pengetua sekolah lain dan sedang buat PhD.
     Lepas SPM, dia dapat tawaran untuk buat kedoktoran di Mesir..paling dia tidak suka kedoktoran..sebabnya dia merasakan hari-hari akan jumpa orang yang sakit, bagaimana hendak jadi orang yang ceria kalau kita selalu jumpa orang yang sakit..alasan nak bantu orang tu dia tidak boleh terima..kerana apa? dia lihat nak jadi doktor sebab nak tolong orang..bagi dia nak jadi doktor hanyalah untuk bantu orang jika orang tu ada duit.. berapa banyak doktor tak nak rawat orang sakit sebab orang tu orang miskin..kalau tak mestilah tiada orang yang mintak derma untuk merawat mak ayahnya kan sebab kena bayar beribu-ribu? alasan nak jadi doktor tu alasan budak sekolah rendah sebab masih tak terbuka mindanya lagi..dia juga tidak mahu menjadi jurutera kerana baginya jurutera sekarang tidak mengajar untuk membina manusia, tetapi membina bangunan dengan meruntuhkan moral sesama manusia..tidak mahu menjadi seorang ustaz sebab baginya ustaz hanya berceramah dalam masjid sedangkan orang dalam masjid itu tentulah beriman..sebab itulah dia berkawan dengan kaki motor, kaki perempuan, peminum arak dan banyak lagi kawan-kawannya yang rosak akhlak tapi dia merasa bangga kerana kadang kala yang rosak akhlak ini lebih terbuka untuk berbincang daripada yang belajar agama tinggi ini. ada kawan dia yang apabila bincang bab agama aja mesti nak tegakkan hujah dia tapi tak tahu hujah itu lemah.. tapi dia biarkan sahaja kerana menghormati pandangan rakannya tadi.
     Maknya pernah menyatakan kepada dia, "sukati kaula nak belajar ke, nak kerja ke nak buat ape-ape pun" sebabkan dia tak nak pergi mesir itu. Dia dapat tawaran lain seperti juru radiografi di Unisza, matrikulasi dan juga asasi Uitm.. Dia lebih mahu pergi matrikulasi sebab apa pun tak tahu. Mungkin sebab dia dapat Kolej Mara Kulim yang makannya percuma 6 kali sehari..Dalam fikiran dan benaknya selalu menyatakan bahawa ramai orang di sekelilingnya terkandas dalam matrikulasi kerana amat sukar. Tetapi baginya biarlah dia gagal sekalipun asalkan dia berani untuk berdepan dengan cabaran yang semakin getir ini.  Pertama kali dia keluar daripada negeri kelahirannya untuk mencari ilmu di negeri orang. Tetapi, apa yang dilihatnya semasa pendaftaran adalah lain negeri yang diduduki, lain pula pelajar yang ramai di dalam matrikulasi tersebut. Boleh dikatakan 90% adalah daripada Kelantan dan Terengganu. Mungkin disebabkan dia suka berkawan, dia tidak kisah dengan daripada negeri mana sekalipun mereka itu. Dia cuba merapatka jurang antara rakan-rakan satu dormnya dengan berkenalan daripada hujung ke hujung. semuanya ada 24 orang dan 20 orang sahaja adalah daripada Kelantan dan Terengganu. Tetapi dia tidak kisah bahkan rakan sebelah katil pun daripada Terengganu. Baginya seronok jika dapat berkawan daripada kawan-kawan lain-lain negeri.
     Kehidupan sebagai seorang pelajar matrikulasi diteruskan dengan aman damai dengan hanya duduk bersama pelajar yang agak nakal di belakang. Masa itu, boleh dikatakan pelajar lelaki sama ramai dengan pelajar perempuan. Tetapi pelajar lelaki terbahagi kepada 2 iaitu separuh di depan dan separuh di belakang. Pelajar perempuan biasalah, semuanya duduk di depan walaupun dia melihat ada yang gila main masej, berbual sesama rakan dan juga tidak kurang juga yang nampak fokus tetapi sebenarnya sedang tidur. Kelas yang dia duduki adalah kelas D iaitu kelas fizik. Dia nampak beberapa kelibat pelajar lelaki yang duduk di hadapan hanya berinteraksi sesama mereka, tidak menghiraukan pelajar lelaki lain yang duduk di barisan belakang. Dia merasakan kejanggalan begitu dan hanya melihat sahaja 'Junior Einstein' berdebat sesama sendiri mengenai matematik, fizik, kimia dan apa-apa entah lagi. Seperti biasa, di awalan minggu kuliah, jarang cikgu masuk ke kelas dan seperti biasalah dia akan mengulangi perangai di sekolah menengah dahulu iaitu tidur dalam kelas tersebut. Dalam keadaan pelajar lain sedang membaca buku rujukan. Dia meneruskan sifatnya yang pendiam pada awalnya dan hanya membiarkan rakan-rakan lain bersembang bertaaruf. Pada satu hari, dalam kelas kimia, cikgu kimia itu telah memberi ujian kepada kelas dia untuk melihat pencapaian pelajar kelas tersebut. Apabila mengumumkan keputusan, cikgu kimia ini mempunyai penyakit yang sama dengan cikgu kimia sekolah menengah dia yang selalu 'datang bulan' itu iaitu suka memanggil pelajar berkenaan ke hadapan untuk mengambil kertas jawapan beserta dengan markahnya sekali daripada markah terendah ke tertinggi. Dia merasakan tidak patut melakukan sebegitu rupa kerana akan menyebabkan pelajar ini akan lemahnya mereka di hadapan kawan-kawan yang lain. Seorang demi seorang dipanggil beserta markahnya. Ada yang tersenyum, ada yang tunduk dan ada yang tiada perasaan. Disebabkan kelas itu mempunyai 70 orang pelajar, makanya, banyak nama yang dipanggil dan tidak semena-mena dia pun tertidur. Nama yang akhir sekali disebut adalah nama dia merangkap mendapat markah tertinggi dalam kelas tersebut. Seperti biasa, apabila markah yang tertinggi disebut, pelajar akan mencari rakan-rakan yang duduk di barisan hadapan menanti siapakah yang empunya nama tertinggi markahnya itu.. Rakannya yang duduk di sebelahnya mengejutkannya dan menyuruhnya mengambil kertas ujian itu. Dia pun bangun tanpa ada rasa bersalah kerana memikirkan bukan dia yang terakhir. Semasa dalam perjalanan mahu mengambil kertas ujian tersebut, dia mendapat  tepukan gemuruh dan dia pelik mengapa orang menepuk tangan kepadanya. Ingatkan sebab dia tidur dan cikgu suruh pelajar lain tepuk tangan. Mukanya merah sangat malu masa itu. Dia dengan laju mengambil kertas ujian itu dan terus duduk sambil diucapkan tahniah oleh cikgu. Daripada situlah pelajar lain kenal dengan sikap dia yang duduk di belakang tapi pencapaian terbaik.Sebenarnya untuk mata pelajaran kimia sahaja. Yang lain hancur juga..HAHAHAHHAHA

bersambung.....