Pengerusi Lembaga Temu Duga : 02 - EN THILAGANABAN A/L S. MARIAPPEN
Tuan/Puan,
PANGGILAN TEMU DUGA PEGAWAI SAINS GRED C41 (SAINS NUKLEAR)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri temu duga bagi jawatan yang tersebut di bawah pada tarikh, masa dan tempat temu duga seperti berikut:
TARIKH/MASA | KOD | JAWATAN | TEMPAT TEMU DUGA |
19/12/2013 10:00 pagi | 1855 | PEGAWAI SAINS GRED C41 (SAINS NUKLEAR) | SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA, BILIK TEMU DUGA, ARAS 6, BLOK C7, KOMPLEKS C, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62520 PUTRAJAYA |
Emel ini masuk pada jam 945 pada hari cuti meraikan hari jadi Sultan Selangor. Baru minggu lepas aku pergi untuk temuduga pegawai penyelidik Q41 di Agensi Nuklear. Ya Allah, limpahan rezeki yang diberikan ini memang aku sebagai hambanya sangatlah hargainya. Memang cita-cita semasa aku bersekolah dahulu menjadi seorang saintis dalam bidang nuklear. Namun aku tolak cita-cita ini kerana aku tahu dahulu aku mengambil jurusan ini untuk mendapatkan glamer. Untuk menjadikan orang lain memandang tinggi kepada cita-cita itu. Namun, Allah masih sayang kepada aku. Dia mengeluarkan aku daripada keserabutan dan kemegahan yang aku cita-cita kan itu dahulu. Aku masih suka pada kerja aku yang sekarang walaupun dicakapakan oleh orang lain bahawa apa yang aku kaji itu semuanya hanyalah rekaan bangsa ini sendiri untuk menampakkan kepada orang lain bahawa kita juga ada.
Aku bermohon kepada Allah agar dapat memberi jawatan ini yang aku lebih suka memanggilnya sebagi rezeki kepada saudara-saudaraku yang bercita-cita tinggi terhadap jawatan ini dan dapat membangunkan ummah dalam dirinya. Aku sudah jauh daripada bidang ini kerana tidak minat. Aku belajar kerana untuk mendapatkan ilmu. Bukan untuk pekerjaan. Sesungguhnya Kau sajalah yang mengetahui isi hati ini Ya Allah. Aku akan cuba bangunkan ilmu yang aku minat sekarang ini untuk membangunkan dan menjadikan Islam sebagai agama yang tidak dipinggirkan dan dipermainkan seperti sekarang.
.