Mengapa sampah sarap?
Menurut Kamus Dewan edisi Ke-4 ia bermaksud BERMACAM-MACAM sampah. Timbunan sampah dan boleh dikatakan sampah yang banyak.
Sebelum ianya menjadi sampah, ia merupakan suatu barangan yang digunakan. Contohnya, sampah pembungkus sebelum menjadi sampah ia merupakan pembungkus yang berguna untuk melindungi bahan yang dibungkus daripada sebarang kekotoran, haiwan, mikrob dan juga anasir-anasir yang boleh merosakkan benda yang dibungkus. Selain itu, sampah yang lain adalah apabila ia sudah buruk dan tidak lagi berfungsi, ia akan dibuang dan menjadilah ia sampah. Apabila dilonggokkan di Pusat Pengumpulan Sampah, jadilah ia sampah sarap.
Apa yang masih ada pada sampah sarap sehingga ia menjadi ikon?
Hanya orang yang tahu dan mampu menilai sahaja akan melihat betapa berharganya sampah itu. Hanya orang yang tahu erti sampah sahaja dapat menjadikan sampah itu berharga semula. Bagaimana sampah itu boleh berharga semula? Dengan memberi nafas baharu, iaitu perniagaan barangan lusuh ataupun kitar semula, jadilah ia sesuatu yang berharga semula. Dengan kitar semula, barangan yang dianggap sampah itu dapat bernilai semula. dapat dijual beli. Dikumpul untuk menjual dan ada orang mendapat pekerjaan dengan membeli, dan memproses barangan tersebut.
Apa kena mengenanya?
Sampah adalah benda yang dibuang. Hanya orang yang dapat menilai sahaja yang dapat melihat betapa bernilainya sampah itu. Samalah dalam kehidupan ini, aku selalu dibuang setelah mendapat kenikmatan tetapi beberapa orang sahaja yang dapat menilai diri ini. Orang ini lah yang menjadikan aku seorang yang bernilai sedangkan orang lain hanya melihat aku ni sekadar sampah sahaja. Suka bercakap perkara-perkara yang orang lain tak suka dengar. Politik, sejarah, hubungan, sains, komputer, agama (Islam, Hindu, Budha, Kristian dll) dan banyak lagi. Ramai yang tak tahan duduk dengar cerita karut aku mengenai pemimpin dunia, perang yang dunia sudah jangka melalui teori konspirasi.
Orang yang rapat dengan aku pun tak suka dengar aku cakap pasal benda-benda ni. Aku hanya cerita pada orang-orang yang sudi dengar. Aku tak suka nak dengar cerita pasal artis itu-kahwin 13 juta atau 3 juta semua tu. Bagi aku itu semua tidak masuk akal aku untuk mengetahuinya. Dia kahwin RM 13 pun dia dapat sedap. Apa aku dapat?
Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang nak dengar. Sebab itu ia adalah sampah sarap kerana sesetengah orang lihat sampah ini boleh disepak pijak dan tidak berharga. Hanya orang tertentu sahaja yang mampu menilainya. Terlalu berfalsafah? Lantaklah asalkan tak minta duit orang.
No comments:
Post a Comment