Thursday, January 23, 2014

HARI LAHIR DAN KEHILANGAN (bhg 2)

sambungan...

     Selepas itu dia mulalah dikenali sebagai seorang pelajar yang bijak kimia. Sebenarnya, bagi dia kimia tidaklah susah mana. Asalkan aham konsep kimia, hafal satu dua fakta, sudah kira bagus. Hidup diteruskan dengan aman dama di matrik tersebut. Rakan-rakan yang sentiasa nakal, kawan-kawan kelas yang sentiasa dengan poyonya dan juga kawan-kawan main bola yang seronok sehinggakan apabila makan di dewan makan, dihalau ole akak poyo penjaga dewan makan itu sebab kasut kotor main di padang bawa masuk dalam dewan makan. Bagi dia lantaklah, kalau tak kotor dengan kasut pun, budak-budak ni pandai kah makan dengan tidak bersepah? 
     Pada suatu hari, melepak di katil Ali, kawan dia yang agak rapatlah masa itu, dan Ali telah tunjukkan gambar rakan-rakan satu mentor dengannya. Dia bergurau tanya pada Ali, yang mana masih solo. Ali pun tunjuk pada satu gambar perempuan. Dia tengok biasa sahaja tetapi comel juga lah jika tengok banyak kali. Minggu itu pula, kelas Jijoe ada buat minggu 'Mari Berbahasa Inggeris' yang sangat dia benci. Jijoe ini kawan sebelah katil Ali. Ali suruh Jijoe untuk hantar ucapan beserta coklat Cadbury pada budak perempuan itu. Dia sengaja buat lawak dan mengiyakan suruhan Ali pada Jijoe. Rupa-rupanya mmang Jijoe buat sungguh dan budak perempuan itu menjadi malu kerana dapat hadiah daripada seorang lelaki yang tidak dia kenali. Malangnya, semasa pemberian hadiah itu dilakukan, guru yang mengajar Inggeris kelas Ali adalah guru Inggeris dia juga. Masa kelas Inggeris, teacher bisik pada dia bahawa teacher tahu apa yang dia buat pada perempuan itu. Dia merasa malu dan hanya mampu senyum sahaja. Satu hari, Awi, rakan sekelas Ali dan awek tu ugut dia. Kalau dia tak telefon awek tu, Awi tak bagi dia main bola dah sebab Awi ini yang ada bola pun. Dia merasa gembira sebab Awi suruh dia telefon, sedangkan dia mana ada telefon. 'Anti-teknologi' kononnya. Tapi Awi dan beberapa orang kawan Awi yang lain sanggup bagi telefon diorang suruh dia telefon awek tu. Masa tu Tuhan sajalah yang tahu bagaimana sayunya hati ini melihat kawan-kawan sanggup bekorban untuk kawannya yang lain walaupun negeri yang berlainan. Masa dia telefon awek tu, tiada jawapan dan sungguh seronok kerana dia tidak mahu bercakap dengan awek tu pun. Namun, masa berganti masa, dia dapat tahu yang awek tersebut tidak mahu berkenalan dengan dia. Sungguh sedih tapi tidak lah sesedih orang yang putus cinta kerana dia pun hanya nak berkawan, bukan mahu bercinta dengan awek itu. Hidupnya diteruskan dengan aman damai seperti biasa. Dia menghabiskan sisa-sisa masa yang ada bersama rakan-rakan yang lain dengan mengikut sahaja aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kawan-kawannya. Pergi ke sana ke mari, ganggu oragn tengah makan di kafe, pergi kacau akak koperasi, dan banyak lagi kerja-kerja yang seronok.
     Selepas peperiksaan matrikulasi, dia berpisah dengan kawan-kawannya dan hanya duduk sahaja di rumah selama beberapa bulan sementara menunggu keputusan matrikulasi dan juga keputusan memasuki universiti. Seperti biasa, di rumah, aktiviti utamanya adalah menonton tv dan juga menonton anime 'Naruto' sehingga episod yang ke berapa ratus entah. Sambil dia duduk di rumah, dia membantu ibunya membuat kuih untuk dijual kepada rakan dan taulan. Disamping itu, dia membantu bapanya menebas dan membuat kebun walaupun dalam pemikirannya merasakan pekerjaan sia-sia sahaja membuat kebun ini kerana ia merupakan rebutan beberapa orang sepupunya. Dalam hatinya ada terlintas dengan sikap mak cik dan juga sepupu perempuannya yang sibuk nak tanah itu sedangkan tanah itulah yang mereka tolak dahulu kerana tanahnya keras dan juga berdekatan dengan kubur. Tiada hasil yang diperoleh daripada tanah itu melainkan sebatang pokok jering dan juga mesin memproses getah yang dia kira boleh dibuat bahan sejarah keluarganya. Namun, ayahnya menyatakan tidak mengapa kerana siapa-siapa boleh makan hasil tanah itu nanti. Mengenai hak tanah itu nanti pun tidak mengapa, kita kira sedekah sahajalah. Dia merasakan ada suatu wahyu yang datang terus masuk ke dalam hatinya mengenai perkataan yang diucapkan oleh ayahnya. Ayahnya menambah lagi, kalau rezeki kita, walau bagaimana susah pun akan dapat kepada kita. Tapi kalau bukan rezeki kita, depan mulut dah pun boleh jatuh. Dia senyap dan terus menebas semak samun itu sambil memotong akar kayu yang sudah mati. Berbulan-bulan duduk di rumah terasa macam anak yang dikongkong oleh ibu bapa tetapi ibu bapanya sudah bosan melihat dia sehinggakan ibu bapanya bertanyakan kepadanya tidak mahu keluarkah untuk berjalan-jalan? Dia menjawab dengan tenang bahawa dia selesa duduk di rumah sambil makan minumnya di jaga rapi tanpa ada sebarang gangguan daripada luar. Petang-petang sahajalah baru dia keluar daripada rumah itu untuk bermain bola bersama rakan dan taulannya.

bersambung...
    

No comments:

Post a Comment