Kuliah Maghrib
Surau AN-Nur Bangi
Ustaz Ahmad Dasuki Rani
Sembang agama sikit boleh kan?HAHAHAHAHAHHA
Sebagai hamba Allah dan juga orang Islam yang beriman, kita seharusnya mempunyai keyakinan terhadap akhirat Allah. Bagaimana hendak menuju ke akhirat jika kita sendiri tidak meyakini adanya akhirat tersebut. Tetapi, sebelum meningkatkan keyakinan kepada akhirat, orang Islam haruslah menguatkan akidahnya kepada Allah dahulu. Mengapa? Sebab akhirat itu merupakan tempat pembalasan dan kembalinya manusia kepadanya setelah diuji di dunia ini.Apakah yang menentukan nasib kita di akhirat? Jawapannya adalah apakah perlakuan kita di dunia ini selari dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Oleh sebab itulah untuk mengetahui jalan ke akhirat, perlu mengetahui dan meyakini akhirat tersebut dengan amalan-amalan yang dilakukan mengikut segala suruhan Allah. Oleh itu, memperkuatkan akidah kepada Allah itulah yang utamanya. Dengan memperkuatkan akidah kepada Allah, setiap jalan atau perbuatan yang ditempuhi InsyaAllah akan diredhai Allah.
Apakah perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang Muslim? Islam datang dengan 3 perkara ini dan setiap satunya bergantung antara satu sama lain
- akidahnya
- ibadatnya
- akhlaknya
Akidah yang kukuh dalam diri Muslim akan membolehkan seseorang itu berasa yakin dengan setiap tindakannya. Dia yakin kepada apa yang diturunkan oleh Allah, apa yang diutuskan oleh Rasul, apa yang terkanung dalam Kitab, yakin dengan tugas segala Malaikat, yakin dengan Ketentuan tuhan dan juga yakin adanya dan juga dia akan menempuhi alam Akhirat. Bagaimanakah akidah ini dijelmakan? Ia dijelmakan dengan perbuatan dan amalan ibadat yang telah disyariatkan. Mengapa solat? Sebab yakin mahu bertemu tuhan, yakin dengan akhirat, yakin dengan malaikat yang diutus untuk mencatat amalan dan lain-lain ibadat lagi. Keyakinan kepada akhirat akan dijelmakan dengan segala amalan yang sentiasa dilakukan oleh kerana percaya dan yakinnya akan bertemu tuhan di akhirat kelak. Apa pula kaitan ibadat dengan akhlak? Nabi pernah menyatakan bahawa 'Sesungguhnya solat itu dapat mencegah perkara keji dan mungkar'. Itulah kaitannya ibadat dengan akhlak. Akhlak seseorang itu dapat dinilai dengan ibadatnya. Mungkin tidak semua orang begini tetapi kebanyakannya mungkin begini. Akhlak yang baik adalah daripada ibadat yang sempurna. Contoh terbaik adalah Nabi Muhammad SAW sendiri. Akhlaknya adalah al-Quran. Kan indah kalau akhlak kita seperti itu. Jika seseorang itu kehidupan sehariannya bergerak dengan keyakinan kepada akhirat yang tinggi, maka dengan sendiri ibadatnya menjadi kebaikan kepada dirinya dan oleh sebab itu akhlaknya menunjukkan akhlak yang terbaik.
Apakah yang menjadi masalah kepada keyakinan ini? Menurut ulama yang hamba tidak ingat, keyakinan kepada akhirat ini akan pudar jika aa dalam hati manusia itu perasaan cinta kepada dunia. Tidak salah mencari rezeki tetapi jangan sampai cinta kepada dunia melebihi cinta kepada akhirat itu. Oleh sebab cinta yang berlebihan pada dunialah hati ini akan menjadi pudar tentang keyakinan kepada akhirat dan juga kepada Allah. Jika dalam diri kita itu terdapat keyakinan yang kuat, makanya perkara yang ghaib dapat disyahadahkan. Maksudnya, perkara yang tidak nampak boleh dilihat akibat daripada keyakinan yang kuat itu. Sebagai contoh, tiada siapa orang yang hidup pernah melihat azab qubur tetapi mengapa manusia ini melakukan ibadat seperti pernah meliha azab qubur tersebut? Ini semuanya adalah kerana keyakinan yang tinggi kepada Allah dan juga kepada ahkrat. Mengapa manusia mengejar syurga walaupun tiada siapa pernah melihatnya? Ini semua adalah kerana sifat yakin.
Keimanan ini akan bertambah jika ada orang lain yang bercerita mengenai perkara yang sama dengan apa yang kita yakinkan. Sebagai contoh, ada orang mengatakan dalam semak itu ada ular. Ular, sudah sedia maklum kita tahu memang haiwan yang berbisa dan merbahaya. Dikatakan pula oleh orang lain, sudah semestinya kita dengan sedaya upaya untuk mencari jalan lain dengan tidak mengambil jalan yang ada ular tersebut. Walaupun kita tidak tahu ular jenis apakah yang ada di dalam semak itu. Begitulah keyakinan kita kepada akhirat. Kita sudah tahu akan adanya azab dan nikmat di akhirat, kita dengar pula ceramah dan kuliah yang menyatakan tentang azab dan nikmat akhirat. Maka, bertambahlah keyakinan kita terhadap akhirat itu walaupun tidak pernah lihat depan mata sendiri.
Bai yang baru lahir, akan menangis dan juga tangannya akan genggam. Kerana apa? Kerana takutnya bayi itu melihat apa yang ada di sekelilingnya. Tidak kira perkara ghaib ataupun mesin-mesin di hospital itu. Bagaimana memberikan keyakinan kepada bayi itu untuk dapa terus hidup di bumi yang menakutkan ini? Itulah dia hikmah diazankan dan diiqamatkan pada telinga bayi itu. Supaya bayi itu yakin adanya Allah Yang Maha Besar, Tiada Tuhan Yang Layak diSembah Melainkan Allah. Keyakinan ini ditanamkan dalam telinga bayi supaya ia yakin adanya pelindung daripada Allah. Bagaimanakah kita sebagai orang dewasa mahu supaya iman dan keyakinan kita tidak lemah?
- Duduk bersama alim ulama
- Belajar mengenai al-Quran
- Belajar mengenai hadis Nabi
Hidup sebagai hamba Allah dan umat Nabi Muhammad ini perlu yakin dengan setiap ajaran yang dibawa oleh Nabi. Hidup ini ada panduan hidup yang telah diberi garis panduan oleh Nabi. Jangan jadi orang yang tiada panduan dalam hidup kerana orang yang begini kebiasaannya tidak yakin dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan juga ajaran Nabi. Sebagai contoh orang yang tidak kisah tinggalkan ibadat wajib,tidak pernah cuba untuk bt ibadat sunat walaupun senyum. Kerana kata Nabi, sedekah yang paling mudah tapi berat adalah senyuman. Walaupun setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri, jadilah diri kita dan gilap kekuatan kita supaya kelemahan yang terdapat dalam diri dapat di kurangkan.
Keyakinan Khadijah kepada Nabi adalah merupakan keyakinan yang paling disayangi oleh Nabi. Oleh sebab itulah nama Khadijah sering disebut-sebut walaupun ketika itu Nabi berada dengan isterinya yang lain. Begitu yakin Khadijah dengan Nabi sehinggakan dia sentiasa berada di sisi Nabi dan sentiasa menyokong segala tindakan Nabi seperti duduk di gua, dan bertanyakan kepada bapa saudaranya mengenai petanda-petanda seorang Nabi. Tidak pernah keluar daripada mulutnya perkara-perkara yang tidak disukai oleh Nabi. Sehinggakan semasa menjelang sakaratulmaut Khadijah, Allah telah mengirimkan Jibrail untuk menyampaikan salam Allah kepada Khadijah.
Selain itu, keyakinan itu perlulah setiap masa. Bukan semasa susah atau masa senang sahaja kerana susah itu ujian, senang itu pun ujian. Terdapat beberapa ayat al-Quran yang menerangkan manusia itu semasa mendapat nikmat dia syukur, semasa susah dia kufur. Ada juga ayat al-Quran yang menyatakan semasa susah berdoa memohon keselamatan, tetapi masa senang terus ingkar arahan Tuhan. Sebagai contoh ada ayat al-Quran (tak ingat ayat mana. nak tau cari sendiri) yang menyatakan dalam sebuah kapal di tengah lautan yang bergelora, penghuni kapal berdoa agar diberi keselamatan dan akan sentiasa patuh membuat suruhan tuhan. Apabila selamat sampai di darat menjadi orang yang kufur ingkar kepada Tuhannya. Ada juga ayat al-Quran yang menyatakan semasa senang berterima kasih kepada Allah tetapi apabila tuhan tarik nikmat sedikit terus menyalahkan tuhan atas segala yang berlaku. Manusia ini selalu lupa akan segala yang ada di alam ini adalah milik Allah. Dia berhak beri kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki.Manusia yang yakin dengan Tuhannya, apabila datang suatu ujian kepadanya, telinganya akan menjadi pekak dan hatinya tidak akan berfikir mengenai ujian itu suatu musibah. Baginya, ujian itu sebagai ujian untuk dia menempuh alam yang lain samada ia layak atau tidak mendudukinya berdasarkan ujian tersebut.
Orang yang berkeyakinan tinggi terhadap Allah, sesungguhnya syaitan takut untuk mendekatinya. Sebagai contoh, ketakutan syaitan kepada Saidina Umar sangat tinggi sehinggakan apabila bertembung dengan Umar, syaitan akan cuba untuk ikut laluan lain. Selain itu ada satu kisah mengenai Imam Nawawi. Semasa sedang memberi kuliah kepada para pelajarnya, datang seorang bapa dengan terjerit-jerit menyuruh Imam Nawawi berhenti memberi kuliah dan menyatakan anaknya diganggu syaitan. Imam Nawawi menjelaskan dia tik boleh meninggalkan murid-muridnya yang ramai tu. Dia hanya menyuruh bapa itu untuk membawa terompahnya dan letakkan di depan muka anaknya. Setelah itu, bapa itupun mmbawa terompah Imam Nawawi ke muka anaknya dan syaitan yang mengganggu tadi terus lari keluar daripada badan anak itu. Di sini dapat dibuktikan bahawa keyakinan yang tinggi terhadap akhirat membolehkan syaitan tidak berani untuk bertembung muka.
SEBAB-SEBAB MENEGUHKAN KEYAKINAN
- Hendaklah hamba itu memberi hati dan telinganya kepada al-quran dan hadis. al-Quran ini merupakan perkara paling asas dalam kehidupan muslim. Kaedahnya,
- Baca dahulu dan lancarkan bacaan
- Baca tafsirnya untuk melihat isi kandungan al-Quran tersebut.
- Beramal dengan apa yang difahami daripada pembacaan dan juga ceramah serta kuliah
- Seterusnya ikhlaskan amalan kita menggunakan al-Quran dan cuba untuk mengajar orang lain kerana kata Nabi, 'orang yang baik adalah orang yang belajar dan mengajar al-quran
- Baca hadis tidak dapat pahala, amal hadis baru dapat pahala, berselawat pun dapat pahala. Qasidah tidak dapat pahala tapi sememangnya perbuatn itu merupakan satu perbuatan yang baik.
Bersambung
*maaf cerita lompat-lompat sebab ust tu cermah lompat-lompat juga
No comments:
Post a Comment