Sunday, January 26, 2014

HARI LAHIR DAN KEHILANGAN (bhg 3)

sambungan...

Setelah melepak di rumah selama hampir 2 bulan, dia mendapat surat kemasukan ke universiti. Perkara yang pertama menyebabkan dia suka adalah kerana mendapat universiti yang disukainya iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Perkara kedua yang dia sangat gembira adalah kursus pengajiannya iaitu kursus yang diminati sejak daripada sekolah menengah lagi iaitu Fizik Gunaan (Sains Nuklear). Dia merasakan apa yang diingininya telah dimakbulkan tuhan. Dia merasakan cita-cita tersebut sedang digarab dengan baik dalam genggamannya. Seminggu sahaja masa yang diberikan untuk mempersiapkan diri untuk kemasukan ke UKM tersebut. Selama seminggu itulah dia pergi buat pemeriksaan kesihatan, beli baju putih untuk minggu suai kenal dan banyak lagi perkara yang dilakukannya. Tapi dia merasakan sesuatu yang tidak enak kerana dia merasakan bahawa inilah mungkin perjalanan pembelajarannya yang terakhir. Selepas 3 tahun ini dia tidak mungkin akan menyentuh buku tetapi dalam impiannya adalah untuk menjadi seorang saintis yang berjaya terutamanya dalam bidang nuklear. Persiapan yang rapi dengan mengikut borang yang telah disediakan oleh pihak UKM. Semuanya sudah selesai dan hanya menunggu masa sahaja untuk mendaftar sebagai seorang pelajar universiti. Disamping dalam kepalanya akan selalu melihat Profesor yang macam Einstein dengan rambut kembang sambil berjalan-jalan dengan memakai jubat makmal..HAHAHAHA...
     Pada hari pendaftaran seperti biasa sahaja dan mata ini macam biasalah akan meneliti segala yang berada di sekeliling dengan mempastikan keadaan itu tidak boleh mengancam nyawa.. Macam masuk hutan pula tapi tidak mengapa kerana daripada raut wajah orang yang mendaftarkan dia merasakan kawasan ini selamat untuk diduduki. Masuk bilik berkenalan dengan rakan sebilik daripada Perak. Yop dari mane tanye beliau kepada dia. Dia macam biasalah gunakan teknik penyamaran dengan jawapan satu berbalas satu. Segala pertanyaan daripada rakan sebiliknya akan dijawab dengan hanya satu jawapan tanpa ada sebarang soalan balasan. Hari pertama la kan, mestilah menunjukkan contoh taulada terbaik macam ahli syurga. Tengah kemas-kemas barang tiba-tiba pengumuman suruh pelajar baru berkumpul adalah sangat menyakitkan hati..HAHAHHAH... Disebabkan perasaan baru itu dia pun hanya akur dengan arahan yang dikemukakan dan pergi ke dewan berkumpul untuk berkumpul. Perkara pertama yang paling dibenci adalah duduk di lantai dan yang kedua adalah solat asar lagi 5 minit hendak maghrib. Keadaan sangat tertekan dengan jeritan daripada abang-dan akak pemudahcara. Kami ini manusia lah, bukan kambing.Hari-hari yang berlalu selama seminggu itu sangat memeritkan tapi hendak buat macam mana, hadap sahaja lah.
     Namun, dia berjaya membuat penyamaran terbaik dengan mendiamkan diri tanpa menjadi pelajar tumpuan. Tetapi beberapa insiden yang menyebabkan dia tiak boleh lari daripada menjadi orang femes. Antaranya adalah dia berjaya mendapatkan Johan bagi sepak takraw bagi kejohanan untuk minggu suai kenal tersebut. Selama ini kolej itu tidak pernah menang satu sukan pun. Yang kedua, dia di denda kerana tidak hadir pada perhimpunan tengahari kerana tidur bersama rakan sebiliknya. Kena nyanyi lagu barisan telur. Nasib baik secara beramai-ramai ketebalan muka itu dikongsoi bersama rakan-rakan lain. Yang ketiga adalah dia menjadi Johan kumpulan dalam permainan pindahkan pen..Yang terakhir adalah yang paling segan dalam abad ke 21 aalah dia perlu nyanyi di khalayak ramai dan terpaksalah dia menyanyikan lagu Taman Rashidah Utama daripada Wings. Lagu itu sahajalah yang dia ingat kerana dia baru bangun tidur dalam kumpulan itu..HHAHAHAH..Sempat lagi tidur mamat ni walau duduk atas lantai tengah main permainan. Yang lain itu, tiada yang menarik pun. Cumalah yang terkeluar adalah dalam catatan ini sahaja.
     Selama 3 tahun menjadi pelajar prasiswazah membolehkan dia mempelajari pelbagai ilmu, berjumpa dengan pelbagai orang, pergi berbagai tempat dan macam-macam pengalaman yang didapatinya. Paling dia tidak menyangka adalah dia dapat bertemu dengan seorang pensyarah yang macam Einstein, mengajar pula masih pakai kapur macam Einstein, pakai selipar masuk kuliah dan membinangkan betapa perlunya seseorang pelajar menguasai pelajaran sekarang ini dengan memasukkan unsur falsafah dalam kuliahnya. Daripada situlah dia mula meminati untuk membaca pelbagai jenis buku dan mula berjinak-jinak dengan ilmu pengetahuan. Dia tidak kisah jika dia mendapat keputusan teruk sekalipun kerana bagi dia, dia tahu keupayaan dia dan berusaha sehabis boleh untuk mendapat yang terbaik dalam pelajarannya. Dia merasakan untuk mendapat keputusan yang cemerlang, perlulah ilmu itu berada dalam hujung jari pelajar sahaja. Tidak guna belajar kemudian periksa dapat keputusan cemerlang, tetapi selepas peperiksaan, ilmu itu hilang dan tidak dapat dimanfaatkan kepada orang lain. Baginya, itu hanyalah maklumat kepada dirinya tanpa perlu dikembangkan dan juga disebarkan kepada orang lain. Samalah macam Nabi yang menerima wahyu tetap tidak wajib untuk disebarkan. Berlainan pula dengan Rasul yang wajib menyebarkan ilmu tersebut kepada umatnya. Dia beranggapan biarlah dia menggenggam dengan kuat apa yang ada dalam tangan berbanding mengambil beberapa perkara walaupun dalam genggaman tidak kuat dipegang. Tetapi kadang kala dia merasakan dia perlu ambil semua itu dan susun secantiknya atas meja pemikiran supaya dia boleh memberikan pandangan peribadi dia terhadap sesuatu isu yang terjadi di sekelilingnya.
     Lahirlah seorang yang pemikirannya agak kritis mengkritik apa sahaja yang tidak kena pada pemikirannya namun masih boleh menerima pandangan yang diterima umum. Dia hanya mengkritik daripada segi ilmu dan bukannya sosok tubuh orang yang punya pemikiran tersebut. Dia dibenci dan dicemuh kerana berhaluan kiri mengikut kata sesetengah pihak. Baginya mudah sahaja, 'Jika boleh memilih kanan, mengapa aku tidak boleh pilih kiri?' Walaupun ada yang menyatakan mengapa bertindak melawan arus sedangkan mengikut arus itu mudah dan menyenangkan. Itu hanya pemikiran orang malas baginya kerana setiap ilmu baru merupakan suatu yang bertentangan dengan arus semasa ketika itu.
     Satu perkara yang boleh disyukuri sehingga kini adalah tuhan memberikan dia perkara apa yang dia mahu. Antara perkara yang dia mahu:
  1. Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah
  2. Kolej MARA Kulim
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (Sains Nuklear)
  4. Kerja di Agensi Nuklear Malaysia (dapat praktikal)
  5. Duduk dengan penulis buku Sejarah dan Falsafah Sains ( dapat kerja dengan Prof Shaharir selama setahun)
  6. Dapat bekerja di Institut Alam dan Tamadun Melayu
Alhamdulillah. Selepas ini tidak tahulah apa lagi yang keinginannya yang tuhan akan makbulkan. Perkara yang tidak tuhan maqbulkan lagi
  1. Kereta Evo
  2. Rumah
  3. Kahwin
  4. Haji
  5. banyak lagiiiiiii.......
Bukan nak cakap tuhan tak maqbulkan, tapi cuma tuhan tak maqbul sebab dia belum sedia untuk terima semuanya lagi...huhuhuhuhu

Apa yang hilang?

Gigi bongsu yang dia simpan bertahun-tahun dahulu sudah dibuang oleh Dr pakar daripada HUKM sebab menimbulkan suatu kesakitan yang amat apabila ada jangkitan kuman terhadapnya..huhuhuh.. di hari jadi orang, hilang giginya...selera makan hilang, muka bengkak sebelah dan segalanya hilang la kalau sakit gigi..

TAMAT

1 comment:

  1. adoi... hahaa... gigi yang hilang... tue maksudnya baktinya da habis tempoh heee ~

    ReplyDelete